|
|
|
|
|
|
 
Pinjaman Eksekutif
Pinjaman Perumahan
Pinjaman Projek
Pinjaman Bercagaran
Skim Pinjaman Komuniti
Skim Pinjaman Tanaman Organik
Pinjaman Sewa-Beli
 
 
 
 
TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT
pop up description layer
* Alihkan tetikus ke atas bahagian peta untuk maklumat terperinci.
Pengenalan
Program Tanggungjawab Sosial Korporat Perbadanan Pinjaman Sabah dimulakan pada tahun 1997. Ia dilancarkan sebagai sebahagian daripada program latihan baru Perbadanan, PRIDE. Program ini melibatkan perlaksanaan projek-projek kemasyarakatan dan amal yang kecil, dilaksanakan secara bersama diantara kakitangan Perbadanan dan mereka yang berkenaan.
Sejak tahun 2005, program ini berkembang melibatkan perlaksanaan projek-projek berskala besar. Kerjaan Negeri Sabah telah memberi kelulusan kepada Perbadanan untuk menggunakan 5 peratus keuntungan selepas cukai Perbadanan untuk program ini. Perlaksanaan projek-projek yang berskala kecil kekal dalam program latihan PRIDE.
Sejak program ini dilaksanakan, berbilang projek komuniti, sosial dan amal telah siap dan diserahkan kepada yang berkenaan. Projek-projek ini ditempatkan di seluruh Negeri Sabah dan telah memberi faedah kepada beribu rakyat Malaysia di Sabah.
Objektif
Program Tanggungjawab Sosial Korporat Perbadanan Pinjaman Sabah diwujudkan dengan objektif seperti berikut:
  • Untuk memenuhi aspek pembangunan sosial mandat Perbadanan, memberi kepada yang memerlukan.
  • Membantu dalam usaha Kerajaan Negeri Sabah membasmi kemiskinan dan membentuk masyarakat penyayang dan sivil.
  • Menggalakkan perpaduan, kerja berpasukan dan semangat kekitaan.
  • Menggalakkan peningkatan "emotional intelligence (EQ)" dikalangan kakitangan Perbadanan.
  • Menyediakan ruang untuk pembangunan kepimpinan dikalangan kakitangan Perbadanan.
  • Pembangunan sumber manusia Perbadanan yang sihat, produktif dan luar biasa.
Skop
Program Tanggungjawab Sosial Korporat Perbadanan meliputi berbagai jenis projek. Namun demikian, keutamaan diberikan kepada projek-projek yang ada kaitan langsung dengan pendidikan, kanak-kanak, wanita, ibu tunggal dan orang kurang upaya di kawasan luar bandar. Projek-projek ini melibatkan pembinaan:
  • Asrama sekolah
  • Bilik pembelajaran sekolah
  • Perpustakaan mini
  • Klinik desa
  • Air griviti
  • Jambatan gantung
  • Pusat-pusat kegiataan wanita dan ibu tunggal
  • Pusat-pusat pembelajaran dan aktiviti untuk orang kurang upaya
  • Projek-projek lain yang diluluskan oleh Perbadanan
Untuk Maklumat Lanjut
pps_scc@sabahcredit.com.my
Aduan
aduan@sabahcredit.com.my
Alamat Lokasi
Wisma PPS
Pekan Baru Donggongon
89500 Penampang
Sabah
Alamat Pos
Perbadanan Pinjaman Sabah
Peti Surat No. 10451
88805 Kota Kinabalu
Sabah
TEL: 088-323888
FAX: 088-718181
 
 
Penafian: Pentadbir dan operator laman web ini adalah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Hakcipta Terpelihara © 2010 Perbadanan Pinjaman Sabah
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 7.0 dan ke atas dengan resolusi 1024 x 768