Piagam Pelanggan terdahulu

  • Menyediakan perkhidmatan kaunter yang efisien dan selesa kepada pelanggan.
  • Mengambil tindakan ke atas semua surat pelanggan dalam masa 7 hari bekerja dari tarikh penerimaan.
  • Memberi keputusan permohonan pinjaman dalam masa 14 hari bekerja dari tarikh pendaftaran.
  • Memastikan cek dikeluarkan kepada peminjam dalam masa 14 hari bekerja dari tarikh penerimaan permohonan pengeluaran pinjaman.
  • Mengembalikan dokumen sekuriti kepada pemilik dalam masa 7 hari bekerja setelah pinjaman disahkan selesai sepenuhnya.
  • Mengambil tindakan ke atas semua aduan pelanggan dalam masa 5 hari bekerja.