Ciri-ciri SCC i-Cash

Kemudahan tunai

Had maksima kemudahan kredit tunai sejumlah RM200,000


Mudah & Fleksibel

Tawarkan kemudahan kredit pusingan
Pengeluaran pada bila-bila masa dan mana-mana amaun


Kadar keuntungan

3.99 % setahun (Kadar Tetap)
Jadual Pembiayaan klik di sini

1) SCC i-Cash?
  • SCC i-Cash ialah produk terbaru pembiayaan peribadi (Perbankan Islam) Perbadanan yang lebih fleksibel dan memberi anda kuasa untuk menentukan melalui kaedah:

    • Tawaran fasiliti Utama (Master facility Offer)

    • Wakalah

    • Surat Pengunaan (Utilization Letter)


2) Apakah kelebihan sebenar SCC i–Cash?
  • Anda yang tentukan:

    • Amaun yang dikeluarkan

    • Bila amaun dikeluarkan

  • Fleksibel:

    • Pembiayaan tambahan tanpa menjelaskan akaun yang sedia ada.

    • Penjelasan awal sepenuh (penjelasan dalaman)/separuh tanpa caj.

    • Bayaran baki pembiayaan setelah penjelasan awal separuh dapat dijadual semula:

      • Mengekalkan bayaran bulanan tetapi tempoh bayaran dipendekkan.

      • Mengekal tempoh bayaran dengan kadar bayaran bulanan yang rendah.

    • Tawaran Fasiliti Utama (Master Facility Offer) di “review” dan diberi kenaikan apabila pendapatan bertambah.

    • Kelayakan pengeluaran bertambah apabila baki pokok berkurangan.

    • Kelulusan/pengeluaran pembiayaan anda dapat diurus melalui konsep “wakalah”.


3) Apakah itu Tawaran Fasiliti Utama?
  • Merupakan tawaran kelayakan keseluruhan perpandu pada pengiraan:

    • Kelayakan = 60 x Pendapatan Kasar


4) Wakalah bertujuan untuk?
  • Merupakan surat kuasa yang membenarkan pihak Perbadanan menandatangani dokumen pembiayaan (Perjanjian Jual-Beli) bagi pihak pelanggan.

  • Kaedah seumpama ini mengelakkan kerumitan klien untuk berulang-alik ke Perbadanan untuk tujuan yang sama. Kaedah ini lebih berpatutan dan praktikal bagi klien yang berkhidmatan ditempat yang terpencil.

  • Dokumen ini ditandatangani bersama dengan dokumen Tawaran Fasiliti Utama hanya jika pelanggan bersetuju.


5) Siapakah Pegawai Perbadanan yang dibenarkan tandatangani dokumen bagi pihak pelanggan melalui konsep Wakalah?
  • Pengurus-Pengurus Pusat Pelanggan atau pegawai yang diberi kuasa pada masa ketiadaan mereka

  • Ketua Jabatan Kredit atau Ketua Pegawai Operasi semasa ketiadaan diatas.


6) Kegunaan Surat Penggunaan (Utilization letter)?
  • Merupakan surat yang harus ditandatangani oleh klien sebagai permohonanan pengluaran sebahagian atau keseluruhan kelayakan.

  • Surat ini mengandungi, diantaranya:

    • Amaun pengeluaran yang dikehendaki

    • No. akaun Bank pelanggan


7) Berapakah Jumlah maksima daripada jumlah Tawaran Fasiliti Utama yang layak dikeluarkan?
  • Jumlah maksima adalah berpandu pada kaedah yang mana jumlah keseluruhan potongan (termasuk potongan SCC i-Cash) haruslah tidak melebihi 60% atau pada peratusan yang ditentukan oleh majikan pelanggan.

  • Jumlah kelayakan maksima juga mengambil kira baki pokok pembiayaan yang sedia ada dengan perbadanan.

  • Bermakna, kelayakan bertambah apabila baki pokok pembiayaan sedia ada di PPS berkurangan disebabkan bayaran setiap bulan.


8) Piagam kelulusan dan pengeluaran SCC i-Cash PPS:
  • Kelulusan - kami pastikan kelulusan dapat diberi secara serta merta (“Instant”).

  • Pengeluaran - RM dikreditkan dalam akaun pelanggan dalam masa 24 jam setelah kelulusan.


  • Kakitangan Perkhidmatan awam yang berkhidmat di Negeri Sabah *

  • Pekerja syarikat dan agensi kerajaan

  • Syarikat swasta *

*Tertakluk kepada kebenaran SCC

Permohon baru
  • 2 keping Salinan kad pengenalan - disahkan benar

  • 1 bulan slip gaji asal (terkini)

  • Surat Kebenaran Jabatan

  • 1 Salinan Surat Opsyen Persaraan disahkan benar

  • Salinan Surat Pengesahan / Perlantikan Jawatan

  • Borang BPA 1/79


Pelanggan sedia ada
  • Slip gaji asal (terkini)

  • Kerajaan Negeri: Potongan gaji melalui Jabatan Bendahari

  • Kerajaan Persekutuan: Potongan gaji melalui BPA

  • Agensi kerajaan: Potongan gaji secara langsung

1) Latar belakang produk.

    SCC i Cash merupakan produk pembiayaan jangka pendek yang diberikan kepada pelanggan untuk kegunaan peribadi mereka. Produk ini merupakan kemudahan kredit berputar (revolving) secara Islamik.


2) Apakah konsep Syariah yang diguna pakai?

    Bay al-‘Inah (Penjualan dan Pembelian Semula)

    Bay al-‘Inah merupakan gabungan beberapa siri kontrak di mana dalam kontrak penjualan pembeli (pelanggan) membeli aset daripada penjual (SCC) dengan harga jualan yang dibayar secara ansuran bulanan. Dalam kontrak pembelian pula SCC kemudiannya membeli asset daripada pelanggan dengan harga belian yang sama jumlah pembiayaan yang dipohon. Proses ini akan berulang setiap kali pelanggan memohon pembiayaan kepada SCC melalui Notis Penggunaan dan pelaksanaan Memorandum Penjualan Aset kemudiannya Memorandum Pembelian Aset.

    Struktur / Prosedur

    • Pelanggan memohon pembiayaan daripada daripada SCC;

    • SCC mengeluarkan Surat Tawaran;

    • Pelanggan menandatangani Memorandum Penerimaan dalam Surat Tawaran;

    • Pelanggan diberikan had kemudahan kredit aliran tunai;

    • Pelanggan menghantar Notis Penggunaan Kemudahan kepada SCC;

    • Perlaksanaan Memorandum Penjualan Aset / Pembelian Semula Aset;

    • Surat Tawaran Tambahan (jika perlu).


3) Apa yang saya perolehi daripada produk ini?
  • Had Kemudahan Kredit sehingga RM 200,000.00 (maksima)

  • Kadar Keuntungan: 3.99% setahun (Kadar tetap)

  • Tempoh bayaran pembiayaan sehingga 120 bulan (maksima)


4) Apakah fi dan caj yang perlu saya tanggung?
  • Duti Setem : seperti termaktub dalam Akta Duti Setem 1949 (Kemas kini);

  • Tiada yuran komitmen ke atas jumlah had kemudahan kredit aliran tunai yang tidak digunakan;


5) Bagaimana sekiranya saya gagal menjalankan tanggungjawab saya?

    Pelanggan perlu membayar caj bayaran lewat (“CBL”) seperti yang dinyatakan di dalam Surat Tawaran.


6) Bolehkah pelanggan membuat penyelesaian awal sebelum tempoh Kemudahan matang?
  • Pelanggan boleh membuat penyelesaian awal sebelum tempoh Kemudahan matang.

  • SCC akan memberi ibra’ (rebat) apabila pelanggan melakukan penyelesaian awal, sepertimana yang digariskan oleh Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia.


7) Adakah saya memerlukan sebarang perlindungan Takaful?

    Pelanggan diwajibkan untuk mengambil Perlindungan Takaful.