Pada 15 Jun 1955, North Borneo Credit Corporation (NBCC) telah diperbadankan di bawah "Credit Corporation Ordinance No. 1 of 1955". NBCC mula beroperasi dengan geran pelancaran sebanyak $1 juta hasil sebahagian daripada dana pampasan Jepun. NBCC, pada masa itu ditadbir oleh Kerajaan British dan dikendalikan oleh empat (4) tenaga pekerja.
Pada tahun 1972, nama North Borneo Credit Corporation (NBCC) ditukarkan kepada Perbadanan Pinjaman Sabah (PPS).
Kemudiannya pada tahun 1981 Ordinan "Credit Corporation Ordinance No. 1 of 1955". digantikan dengan Enakmen Negeri No. 22/1981. Maka bermula dari tahun ini kesemua aktiviti Perbadanan Pinjaman Sabah adalah berasaskan enakmen ini.
Perbadanan Pinjaman Sabah adalah satu badan berkanun yang dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Sabah di Malaysia dan beroperasi di bawah penyeliaan Kementerian Kewangan Negeri Sabah.
Objektif utama Perbadanan adalah untuk membantu dalam pembangunan sosio-ekonomi negeri Sabah. Sebagai sebuah institusi kewangan, Perbadanan membantu usaha Kerajaan Negeri Sabah dengan menyediakan atau memudahkan pinjaman kewangan untuk mempromosi dan menggalakkan pelaburan persendirian yang melibatkan pertanian, industri ringan, pembangunan perumahan luar dan dalam bandar, rumah kedai dan kemudahan-kemudahan awam.
(Dengan menyumbang kepada Agenda Sosial dan Ekonomi negeri).
Untuk membantu visi di atas, Perbadanan Pinjaman Sabah telah mengenal pasti 5 kunci strategi :
Kami komited untuk memberi perkhidmatan berkualiti kepada pelanggan kami dengan memenuhi kehendak mereka secara Profesional, Prihatin & Sopan, yang dicapai menerusi penambahbaikan berterusan terhadap Sistem Pengurusan Kualiti demi menjamin kecemerlangan organisasi.