Urus Tadbir Korporat


Amalan urus tadbir korporat adalah kritikal untuk rancangan pelaksanaan strategi apabila PPS melangkah daripada satu organisasi sokongan kerajaan menjadi satu organisasi yang menahan sendiri. PPS percaya bahawanya adalah penting untuk menyediakan prinsip-prinsip global yang memberi panduan kepada Ahlinya dalam memperkemas dan memerintah perkara-perkara Perbadanan, dengan tujuan memaksimumkan kenilaian jangkamasa panjang kepada Kerajaan Negeri dan minat pemegang saham.

Urus Tadbir Korporat yang baik memastikan adanya satu sistem organisasi yang sesuai siap diatur, yang menyediakan pengawalan dalaman yang mencukupi dengan pemeriksaan dan mekanisme-mekanisme kuasa yang seimbang. Sejak bertahun-tahun, PPS telah mengembangkan proses dan sistem yang meningkatkan urus tadbir korporat yang baik melalui pelaksanaan kajian semula yang nalar untuk Penambahbaikan Berterusan.

Jawatankuasa Lembaga


Ahli-ahli telah melantik sejumlah jawatankuasa yang mengandungi ahli-ahli yang tertentu, juga sebagai wakil daripada Pengurusan sebagai Setiausaha untuk Jawatankuasa dalam membantu ahli-ahli dalam memperkemas dan pemerintahan perkara-perkara Perbadanan. Berikut ialah jawatankuasa-jawatankuasa utama:


JAP adalah bertanggungjawab untuk ahli-ahlinya dan membantu ahli-ahli dalam melaksanakan tanggungjawab untuk mengekalkan satu sistem kawalan dalaman yang berkesan.

Jawatankuasa ini akan mengulas pematuhan tatacara, dasar, undang-undang dan peraturan-peraturan yang akan memberi kesan besar ke atas operasi-operasi organisasi. Selain itu, analisis dan pengawasan atas kemantapan kawalan dalaman, penekanan atas semakan dalaman dan kawalan kewangan adalah juga diambil kira.

Baru-baru ini, peranannya juga telah diperluaskan meliputi kajian semula Sistem Pengurusan Risiko Perbadanan.

JAP kerap berjumpa dengan ahli-ahlinya untuk membentangkan laporan-laporan JAP, dan Auditor Dalaman dan Luaran, untuk mengemaskinikan dan memaklumkan mereka atas penemuan apa-apa bahan bersama dengan rekomen tindakan yang diambil atau yang akan diambil.

Jawatankuasa Audit & Pemeriksaan bertemu pada bila-bila diperlukan, dan sekurang-kurangnya 4 kali setahun.

Jawatankuasa Penilaian Permohonan Pinjaman telah ditubuhkan dengan satu tujuan iaitu untuk menilai dengan sepenuhnya kemunasabahan permohonan pinjaman projek, di mana jumlah diluluskan adalah lebih daripada RM100,000, sebelum mendapat kelulusan Ahlinya.

Fungsinya juga termasuk menyemak dan mengawasi kemajuan pembangunan semua pinjaman projek, yang diluluskan oleh ahli-ahli bagi menjamin daya maju berterusan dan keuntungan.

Jawatankuasa Penilaian Permohonan Pinjaman bertemu pada bila-bila diperlukan, dan sekurang-kurangnya sekali setahun.

Jawatankuasa Pelaburan Hartanah berkhidmat untuk mengurus hartanah PPS serta untuk menilai apa-apa hartanah/pelaburan hartanah yang mempunyai potensi berlainan dalam terma kemunasabahan dan memaksimumkan manfaat kembali ke PPS sebelum mendapat kelulusan ahli-ahli. Perkara yang berkaitan dengan apa-apa pengambilalihan dan pelupusan hartanah adalah jatuh di bawah skop Jawatankuasa ini.

Jawatankuasa Pelaburan Hartanah bertemu pada bila-bila diperlukan, dan sekurang-kurangnya sekali setahun.

Jawatankuasa Penghapusan Hutang Lapuk ditubuhkan untuk memeriksa, menilai dan meluluskan cadangan terhadap pinjaman yang tidak berbayar yang akan dilupuskan oleh Pengurusan sebelum penyerahan dan pengesahan oleh ahli-ahli Lembaga. Ia adalah juga di bawah bidang kuasa Jawatankuasa bagi menjamin kriteria dan prosedur-prosedur yang wajar ke atas penghapusan hutang-hutang lapuk adalah mematuhi garis panduan yang selaras dan diluluskan oleh Kabinet Negeri.

Jawatankuasa ini juga mempunyai tugas untuk membantu seksyen Undang-Undang Jabatan Kawalan Kredit dan Penguatkuasaan dalam mengimprovisasi proses-proses mereka untuk penguatkuasaan yang cekap dan berkesan.

Jawatankuasa Penghapusan Hutang Lapuk berjumpa sekurang-kurangnya sekali dalam 3 atau 4 bulan.

Jawatankuasa ini ditubuhkan dengan tujuan untuk membantu Pengurusan dalam melaksanakan tanggungjawab pengurusan dan memantau pinjaman tidak berbayar(NPLs).

Mesyuarat sering dijalankan bagi mengulas pinjaman tunggakan empat bulan dan ke atas, bersama-sama dengan cadangan yang berkesan atas tindakan yang akan diambil untuk mengurangkan risiko NPL. Adalah juga keprihatinan Jawatankuasa untuk memastikan bahawa Perbadanan adalah dikendalikan mengikut pematuhan Enakmen, arahan-arahan Kerajaan, prosedur-prosedur dan dasar-dasar Perbadanan.

Laporan bebas disusun di bawah SLS dan Jawatankuasa Kajian Semula dan akan dibawa kepada perhatian Ahli-ahli Perbadanan untuk tujuan perbincangan yang kerap.

Skim Pinjaman Kecil dan Jawatankuasa Kajian Semula Pinjaman bertemu pada bila-bila diperlukan, dan sekurang-kurangnya sekali setahun.

Jawatankuasa Pasukan Petugas Khas ditubuhkan dengan tujuan yang sama seperti Skim Pinjaman Kecil Dan Jawatankuasa Kajian Semula Pinjaman. Bagaimanapun, tahap kewibawaan Jawatankuasa ini adalah hanya terhad kepada akaun perumahan kos rendah yang tidak mempersembahkan, yang dahulu dipegang oleh Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar.

Jawatankuasa Pasukan Petugas Khas bertemu pada bila-bila diperlukan, dan sekurang-kurangnya sekali setahun.

Sebagai tambahan kepada jawatankuasa-jawatankuasa di atas, banyak juga jawatankuasa pengurusan yang lain ditubuhkan untuk membantu ahli-ahli Perbadanan mengawal perkara-perkara hari ke hari Perbadanan daripada risiko-risiko pengurusan perniagaan, menaksir kecukupan kawalan dalam proses untuk menyemak kebajikan kakitangan dan maklum balas pelanggan untuk tujuan penambahbaikan berterusan.

Berikut ialah jawatankuasa terlantik dengan fungsi-fungsinya:-

Untuk membantu Ahli-ahli Perbadanan dalam tugas-tugas pengurusan risikonya, Pihak Pengurusan telah menubuhkan sebuah hab pusat untuk pengurusan risiko dengan penubuhan satu Jawatankuasa Pengurusan Risiko (RMC) dengan tujuan untuk mengurus dan menyelesaikan dengan etisyen risiko yang berkaitan dengan semua aspek urusniaga Perbadanan. Laporan yang disusun oleh RMC akan dilanjutkan dan diberi taklimat oleh Ketua Pegawai Eksekulit kepada Ahli-ahli Lembaga melalui mesyuarat lembaga.

Sistem Pengurusan Risiko akan ditinjau secara bebas di bawah fungsi Audit Dalaman. Laporan-laporan yang telah disediakan oleh Jabatan Audit Dalaman akan dibentangkan kepada Lembaga Pengarah melalui Jawatankuasa Audit Pemeriksaan.

Mesyuarat diadakan sekali sebulan untuk menilai taraf semasa parameter kumpulan risiko dan mencadangkan pembaikan baru untuk sistem itu.

Majlis Kajian Semula Pengurusan adalah salah sebuah syarat pensijilan MS ISO 9000:2000, yang diperolehi oleh PPS pada 13 Januari 2004. Jawatankuasa ini terdiri daripada Ketua-ketua Jabatan, wakil pengurusan yang dilantik, Pegawai Kawalan Dokumen dan Ketua Kualiti Audit Dalaman MS ISO 9000:2000.

Tujuan Jawatankuasa ini adalah untuk menilai prestasi keseluruhan sistem pengurusan kualiti PPS dan mengenalpasti peluang penambahbaikan berterusan.

Pengulasan ini dilaksanakan sekurang-kurangnya dua kali setahun.

Jawatankuasa ini ditubuhkan sejak 21 Januari 2003 di ibu pejabat dan September 2003 untuk setiap Pusat Pelanggan Daerah bagi menjamin keseluruhan maklum balas pelanggan dan aduan-aduan diambil tindakan dengan cepat dan berkesan di seluruh Sabah.

Fungsi-fungsi utama Jawatankuasa adalah untuk menyalurkan komen-komen pelanggan atau mengukur kepuasan pelanggan terutamanya dalam sistem penyampaian pelanggan untuk perhatian pengurusan dan untuk dilaporkan dalam Kajian Semula Pengurusan (Majlis Kajian Semula Pengurusan) untuk tindakan selanjutnya.

Jawatankuasa Maklumbalas & Aduan Pelanggan bertemu sekurang-kurangnya sekali sebulan.

MEC sering berkumpul untuk menimbangkan isu-isu sumber manusia, terutama tindakan disiplin diambil atau akan diambil, terma dan syarat-syarat pekerjaan, gaji, pembangunan pekerja berpotensi dan perancangan penggantian staf.

MEC juga mengkaji semula rancangan insentif dalam dasar berterusan untuk memastikan dasar itu tinggal berkuatkuasa dan sesuai untuk keadaan dan prospek PPS.

Seperti kebanyakan organisasi, prestasi PPS bergantung kepada kualiti dan komitmen kakitangannya. Justeru itu, satu strategi untuk menentukan kejayaan adalah untuk menarik, mengekalkan dan mendorong kakitangan yang terbaik.

Jawatankuasa ini bersidang sekurang-kurangnya sekali sebulan.