PANDUAN PERMOHONAN MORATORIUM PPS



Permohonan moratorium pinjaman/pembiayaan adalah terbuka kepada semua pelanggan PPS yang mempunyai akaun pinjaman/pembiayaan sedia ada dan kelulusan adalah tertakluk kepada terma dan syarat yang dinyatakan dalam perkara di bawah:


KRITERIA PERMOHONAN

  1. Akaun pinjaman/pembiayaan yang diluluskan sebelum 1 Julai 2021;

  2. Akaun pinjaman/pembiayaan tidak mempunyai tunggakan melebihi 3 bulan pada masa permohonan moratorium;

  3. Permohonan moratorium adalah melalui aplikasi Sabah Pay;

  4. Permohonan moratorium dibuka selama 6 bulan berkuatkuasa dari 8 Julai 2021 hingga Disember 2021; dan

  5. Moratorium pinjaman/pembiayaan yang diberikan adalah hanya untuk tiga (3) bulan sahaja.


Pemohon akan dimaklumkan berkenaan status permohonan mereka dalam tempoh 5 hari masa bekerja dari tarikh permohonan diterima.