Ciri-ciri SCC i-Eksekutif

Kemudahan tunai

Had maksima kemudahan kredit tunai sejumlah RM50,000


Fleksibel

Pelbagai kaedah pembayaran


Kadar keuntungan

4.5 % setahun (Kadar Tetap)
Jadual Pembiayaan klik di sini

1) Apa itu SCC i-Eksekutif?
  • SCC i-Eksekutif adalah produk pembiayaan peribadi islam terbaru dari Sabah Credit Corporation yang direka khas untuk kakitangan sektor swasta.


2) Apakah kelebihan sebenar SCC i–Eksekutif?
  • Kadar keuntungan tetap serendah 4.5% setahun

  • Tempoh pembiayaan sehingga 10 tahun

  • Kemudahan ini tidak memerlukan penjamin atau cagaran

  • Pembiayaan termasuk perlindungan Takaful


  • Pemohon mestilah seorang warganegara yang berumur tidak kurang dari 21 tahun dan bekerja di Sabah;

  • Pemohon mestilah telah bekerja selama sekurang-kurangnya 1 tahun dan telah disahkan jawatan dalam syarikat;

  • Pemohon mestilah memegang jawatan pengurusan dan/atau graduan yang mempunyai gaji tidak kurang dari RM2,500 sebulan;

  • Pengiraan kelayakan maksimum individu pemohon adalah (Gaji Kasar x 12), tertakluk kepada jumlah pembiayaan maksimum RM50,000 dan jumlah tanggugan tidak melebihi 50% dari pendapatan kasar tetap bulanan.

applynow

  • Salinan kad pengenalan yang disah benar

  • Salinan surat pengesahan jawatan yang disah benar

  • Salinan asal slip gaji 3 bulan terkini

  • Salinan bil elektrik/ bil air terkini

  • Penyata KWSP terkini

  • Surat Kebenaran Majikan

  • Surat pengesahan daripada majikan

  • Salinan surat perlantikan jawatan yang disah benar

  • Salinan buku bank/ penyata bank

  • Kaedah potongan gaji bagi syarikat yang mempunyai kod potongan

  • Kaedah arahan tetap (Standing Instruction) di mana-mana bank bagi syarikat yang tidak mempunyai kod potongan

  • Kaedah pembayaran alternatif yang dibenarkan adalah melalui perbankan atas talian atau secara langsung dimana-mana kaunter PPS

1) Latar belakang produk.

    SCC i Eksekutif merupakan produk pembiayaan jangka pendek yang diberikan kepada pelanggan untuk kegunaan peribadi mereka. Produk ini merupakan kemudahan kredit berputar (revolving) secara Islamik.


2) Apakah konsep Syariah yang diguna pakai?

    Bay al-‘Inah (Penjualan dan Pembelian Semula)

    Bay al-‘Inah merupakan gabungan beberapa siri kontrak di mana dalam kontrak penjualan pembeli (pelanggan) membeli aset daripada penjual (SCC) dengan harga jualan yang dibayar secara ansuran bulanan. Dalam kontrak pembelian pula SCC kemudiannya membeli asset daripada pelanggan dengan harga belian yang sama jumlah pembiayaan yang dipohon. Proses ini akan berulang setiap kali pelanggan memohon pembiayaan kepada SCC melalui Notis Penggunaan dan pelaksanaan Memorandum Penjualan Aset kemudiannya Memorandum Pembelian Aset.

    Struktur / Prosedur

    • Pelanggan memohon pembiayaan daripada daripada SCC;

    • SCC mengeluarkan Surat Tawaran;

    • Pelanggan menandatangani Memorandum Penerimaan dalam Surat Tawaran;

    • Pelanggan diberikan had kemudahan kredit aliran tunai;

    • Pelanggan menghantar Notis Penggunaan Kemudahan kepada SCC;

    • Perlaksanaan Memorandum Penjualan Aset / Pembelian Semula Aset;

    • Surat Tawaran Tambahan (jika perlu).


3) Apa yang saya perolehi daripada produk ini?
  • Had Kemudahan Kredit sehingga RM 50,000.00 (maksima)

  • Kadar Keuntungan: 6.9% setahun (Kadar tetap)

  • Tempoh bayaran pembiayaan sehingga 120 bulan (maksima)


4) Apakah fi dan caj yang perlu saya tanggung?
  • Duti Setem : seperti termaktub dalam Akta Duti Setem 1949 (Kemas kini);

  • Tiada yuran komitmen ke atas jumlah had kemudahan kredit aliran tunai yang tidak digunakan;


5) Bagaimana sekiranya saya gagal menjalankan tanggungjawab saya?

    Pelanggan perlu membayar caj bayaran lewat (“CBL”) seperti yang dinyatakan di dalam Surat Tawaran.


6) Bolehkah pelanggan membuat penyelesaian awal sebelum tempoh Kemudahan matang?
  • Pelanggan boleh membuat penyelesaian awal sebelum tempoh Kemudahan matang.

  • SCC akan memberi ibra’ (rebat) apabila pelanggan melakukan penyelesaian awal, sepertimana yang digariskan oleh Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia.


7) Adakah saya memerlukan sebarang perlindungan Takaful?

    Pelanggan diwajibkan untuk mengambil Perlindungan Takaful.